Monday 18 July 2016

ZURAIDA SEMBUNYIKAN MERCEDES BENZ S280 MILIK TAUKEH HANSPEC SDN BHD SEPERTI SYARIKAT AUTOMATED CONTACTLESS SYSTEM SDN BHD?



1. Taktik Zuraida sudah dijangka beliau tidak mungkin mengaku kenderaaan kesembilan BNT 9138 milik syarikat Hanspec Sdn Bhd sebagaimana pendedahan sebelum dalam blog masterdedah.com

2. Namun Zuraida mengaku jua 8 kenderaan yang didedahkan adalah miliknya. Ketika TV3 mendedahkannya Zuraida sudah bersedia untuk menafikan memandangkan kereta berkenaan tidak didaftarkan atas nama Zuraida berbanding kenderaan lain termasuk 4 kenderaan mewahnya.

3. Persoalan TV3 dan CheguBard Apa yang mendorong Hanspec (M) Sdn Bhd sebuah syarikat yang mempunyai nilai aset syarikat RM 2,707,401 juta dan pendapatan tahunan RM 4,659, 944 juta ini menghadiahkan kereta Mercedes Benz S280 kepada Zuraida? Apa hubungan Zuraida dengan "taukeh" Hanspecs pasti tidak akan berjawab memandangkan secara teknikal Zuraida boleh menyembunyikan Mercedes berkenaan.



4. Semakan menunjukkkan tuduhan Zuraida memiliki kenderaan Mercedes Benz milik "taukeh" bukanlah kali pertama. Malah pernah menjadi isu pada 25.11.2012 apabila Zuraida menghadiri program di Ampang iaitu penyampaian sumbangan deepavali di Dewan Flat Ahmad Razali Ampang dan dialog dengan penduduk Ukay Perdana di Hotel Flamingo. Pergerakan Zuraida pada hari itu menggunakan sebuah kereta Mercedes Benz E200 CGI nombor pendaftaran WTP 1970 milik syarikat Automated Contactless Systems Sdn Bhd. Jadi apa yang berlaku pada tahun 2016 terhadap Syarikat Hanspec Sdn Bhd hanyalah sekadar tayangan semula.

5. Persoalan sama mengapa Zuraida menggunakan kenderaan yang disediakan oleh sebuah syarikat? Ada udang sebalik batu?. Jika Zuraida boleh terselamat dari SPRM dengan kenderaan Mercedes BenZ menggunakan kenderaan pendaftaran WTP 1970, 2012 kenapa pulak kali ini Zuraida tidak boleh terselamat melalui Hanspec Sdn Bhd?

6. Bermakna apa yang dinafi Zuraida adalah perkara biasa dia lakukan sejak 2012 lagi. Selepas isu ini Zuraida akan mengulangi semula. Kemudian menyembunyikan semula kenderaannya. Apa kenderaan mewah selepas ini?

Captain M
18 Julai 2016
#rinduZuraida
#ZuraidaOhZuraida

No comments:

Post a Comment