Friday, 18 August 2017

TIPU PENEROKA FELDA JENGKA 13 LAGI TIMBALAN PRESIDEN PAS ADA HATI NAK BELA WARGA FELDA?



1.  Beberapa kali kita dapat melihat perangai pemimpin PAS ala-ala PAN dan DAP ini iaitu Tuan Ibrahim Tuan Man Timbalan Presiden PAS mempunyai pendekatan berbeza dengan Presiden PAS, TG Hadi Awang terhadap BN. Sekali imbas kita dapat membayangkan Tuan Ibrahim ini adalah wakil Anwarinas dalam PAS. Selain berlagak pandai dalam ekonomi terbaru tidak berpuas hati dengan Tan Sri Isa Samad, PM Najib dan kes Kasitah Qaddam.

2. Siapa Tuan Ibrahim yang merepek berlagak suci ini? Ingat tak kes dia? Kisah Tuan Ibrahim sebagai Pesuruhjaya PAS Pahang selepas Pilihan Raya Umum 2004 sehingga 2015 masih lagi terngiang. Ketika PRK Kerdau 2011 isu ini berbangkit kembali dan Tuan Ibrahim terpaksa "kawtim" dengan pihak penjual tanah itu.

Tuesday, 15 August 2017

MENGAPA PESURUHJAYA KEHAKIMAN PULAU PINANG AKUR PADA DAP BATAL REMAN EXCO RASUAH?DENDAM LAMA ATAU KAWTIM?

Kenapa YA Dato' Abdul Wahab Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Pulau Pinang akur kepada permohonan DAP batalkan reman? Apakah beliau penyokong pembangkang?Apakah dendam lama terhadap Peguam Negara dan Ketua Pesuruhjaya SPRM yang dulu juga pegawai di pejabat Peguam Negara. Abdul Wahab sebagai bekas Ketua Pendakwaan di Jabatan Peguam Negara pasti memahami siasatan SPRM. SPRM tidak puas hati kerana ia menjejaskan siasatan. Abdul Wahab dikatakan dari Kem Tan Sri Gani Patail  dan ramai dari mereka disingkirkan dari pejabat Peguam Negara selepas Tan Sri Apandi Peguam Negara yang baru. Kini tunjuk belang?

1. Hari ini Tan Sri Isa Samad ditahan SPRM untuk membantu siasatan pembelian hotel di London dan Kuching oleh FIC. BN dan Tan Sri Isa akur pada siasatan. Esok Tan Sri Isa Samad akan ditahan reman beberapa hari. Pastinya tiada pula mereka akan mencabar mahkamah untuk membatalkan reman mereka. Tidak pula mereka meroyan dan menuduh SPRM sebagai selektif. Itulah beza DAP, pemimpin Pakatan dan BN.

2. Semalam DAP bukan main bangga apabila mencabar di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang dan berjaya membebaskan anggota exco kerajaan negeri Pulau Pinang, Phee Boon Poh dan dua lagi dibebaskan dari perintah tahahan reman selama lima hari berhubung siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bermula jumaat lalu.

3. Apa jadi dengan Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Pulau Pinang ini? Kita mungkin boleh hormat keputusannya tetapi ini sangat memalukan. Tak ada lagi tindakan badan rasuah mana-mana di dunia membatalkan tahanan reman pihak yang dituduh rasuah. Komisi Pembanterasan Korupsi (KPK) Indonesia pun mendapat kerjasama daripada pihak mahkamah begitu juga Independent Commission Against Corruption (ICAC) Hong Kong. Sesiapa saja disiasat dan ditahan direman, mahkamah beri kerjasama dan tidak campur tangan.

Saturday, 12 August 2017

SELEPAS RASUAH EXCO TERKAYA PULAU PINANG KINI PEMIMPIN TERKAYA WARISAN SABAH PULA BAKAL DIKANDANGKAN SPRM?


MARI MERUNTUHKAN PARTI WARISAN DENGAN MENANGKAP SHAFIE APDAL, PETER ANTHONY, PROKSI & KELUARGA YANG RASUAH!

1. Bagaimana melihat runtuhnya Parti Warisan? Shafie Apdal mungkin kuat di Parlimen Semporna tetapi tidak bererti beliau terus kuat memandangkan beliau sibuk dengan jelajah Sabah, Semporna terabai dan BN melakukan gerak kerja masuk kampung yang kerap di kawasan kubu Shafie Apdal. Dari terkeliru rakyat perlahan-lahan keluar dari kepompong 'taksub' kepada Shafie. Perkara pertama ialah memusnahkan kepercayaan terhadap 'legasi'.

2. Kekuatan Shafie Apdal adalah terletak kepada orang kuatnya Peter Anthony Naib Presiden Warisan yang juga proksi kontraktor Shafie di KKLW dahulu dan juga ahli keluarganya yang masih bersamanya. Semakin panjang PRU 14 semakin terhakis Shafie Apdal. Berapa lama lagi Shafie Apdal boleh bertahan dengan Datuk Peter Anthony?

3. Terdapat bukti dana-dana hasil haram yang diurus oleh Peter Anthony melalui syarikatnya Asli Jati Engineering Sdn. Bhd serta syarikat lain melalui projek KKLW digunakan untuk membiayai parti Warisan. Dana-dana haram hasil rasuah ini wajar dikesan dan Peter Anthony pula wajar ditangkap dan disiasat SPRM. Kes Rasuah Peter Anthony tuntutan palsu di UMS pun dikatakan belum pernah ditutup lagi.

4. Ramalan Captain M Shafie Apdal dan Parti Warisan bakal lumpuh tidak lama lagi. Berikut merupakan koleksi artikel Captain M mengenai Shafie Apdal proksinya Peter Anthony, pegawai KKLW kesayangannya dan sanak saudara Shafie Apdal.

Friday, 11 August 2017

EXCO PALING KAYA PULAU PINANG DITAHAN SPRM KERANA KES KILANG HARAM. SO WHAT?




1.  Nampak tak senjata SPRM? Baru saja Lim Guan Eng dan Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang menandatangi Ikrar Bebas Rasuah pada 4 Ogos lalu hari ini 11 Ogos Exco paling kaya DAP Kerajaan Negeri Pulau Pinang Phee Boon Poh, Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar ditahan SPRM kerana kes kilang haram di Kampung Sungai Lembu, Penanti. 

2. Bukan main sombong Lim Guan Eng menambah 10 IBR kononnya serius menolak rasuah dan kini kerajaan DAP Lim Guan Eng diuji untuk membuktikan sama ada mereka menunaikan IBR atau tidak. 

Friday, 4 August 2017

SEJARAH MEMALUKAN PERASUAH LIM GUAN ENG YANG ADA KES DI MAHKAMAH BERIKRAR TIDAK RASUAH! BILA LIM GUAN ENG LETAK JAWATAN?


1. Akhirnya setelah SPRM dan pelbagai pihak mengasak Lim Guan Eng Ketua Menteri DAP Pulau Pinang terpaksa akur kepada Ikrar Bebas Rasuah. Lim Guan Eng malah menambah 10 lagi perkara dalam Ikrar sebagai syarat baru menandatangani IBR atas harapan SPRM lentur. Namun Datuk Dzulkifli Ahmad tidak berganjak sedikitpun dikala dikutuk oleh Penasihat Strategik Ketua Menteri Pulau Pinang, Saifuddin Nasution Ismail (SUA PKR) memperlekeh IBR SPRM malah akur pada 10  perkara tambahan. 

2. Datuk Dzulkifili KP SPRM terus tersenyum dengan ayat lembut 'Jangan takut, saya tak minat politik'. Peluru, pedang dan senjata semua ada ditangan SPRM. Akhirnya hari ini Lim Guan Eng akur dan menandatangani IBR Plus  4 Ogos 2017. Kelihatan dalam gambar Datuk Dzulkifli ketika majlis menandatangi IBR Plus pun beliau terus tersenyum. Lebih tersenyum 10 tambahan IBR itu nampak memerangkap Lim Guan Eng sendiri.  


3. Lim Guan Eng seperti pelanduk terkena jerat, selepas Lim Guan Eng dan kerajaan DAPnya menandatangani IBR Plus itu sekarang menjadi satu komitmen dan kesungguhan kepada Lim Guan Eng untuk menunaikan Ikrar beliau memerangi rasuah.

Thursday, 3 August 2017

TERBONGKAR! RASUAH ZAHID MD ARIP RM 10 JUTA PEMBELIAN HOTEL MERDEKA PALACE KUCHING!


1. Selepas Zahid Md Arip Ahli Majlis Pengurusan Tertinggi PPBM ditahan SPRM kerana kes rasuah Mahathir mengesahkan itu adalah 'orangnya' dalam PPBM. Mahathir berkata PPBM akan mengambil langkah-langkah melindungi kepentingan Zahid Md Arip kerana beliau tidak percaya Zahid Md Arip terlibat!.

2. Sayangnya mengikut sumber, Zahid Md Arip yang ditangkap SPRM 1 Ogos lalu hampir pasti didakwa kerana siasatan menunjukkan Zahid Md Arip terlibat dengan rasuah pembelian Hotel Merdeka Palace & Suites oleh Felda Investment Corporation Sdn Bhd (FIC) tahun 2014 melibatkan rasuah sejumlah hampir RM10 juta. 

3. Zahid Md Arip adalah antara Pegawai Khas Pengerusi Felda Tan Sri Isa Samad yang suatu ketika terkenal dengan rasuah dan meminta komisennya. Sebut nama Zahid Md Arip semua warga kerja Felda kenal sehinggalah beliau disingkirkan kerana menipu sijil kelayakan akademiknya. Selepas sudah tiada jawatan Zahid Md Arip yang juga Mursyidul Am NGO TIBAI mula menyerang kerajaan dan PM Najib. 

Tuesday, 1 August 2017

ZAHID MAT ARIP AMPT PPBM YANG KENYANG RASUAH FELDA AKHIRNYA 'DIBANGSATKAN' SELEPAS DITAHAN SPRM



Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menahan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PPBM Zahid Mat Arip yang dahulunya adalah pegawai khas Pengerusi FELDA kerana terlibat dengan kes rasuah pembelian hotel oleh Felda Investment Corporation (FIC) di Kuching, Sarawak. 

Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Dzulkifli Ahmad berkata Zahid Mat Arip ditahan pada pukul 4 pagi tadi di pejabat SPRM Putrajaya selepas hadir memberi keterangan. 

Zahid Mat Arip adalah antara pegawai khas yang kenyang dan kaya raya ketika Tan Sri Isa Samad menjadi Pengerusi FELDA. Selepas diberhentikan dari Felda dan 'dedak' habis Zahid Mat Arip meroyan mengutuk kerajaan khususnya PM Najib dan akhirnya keluar UMNO menyertai PPBM serta dipungut menjadi AMPT PPBM. 

Saturday, 29 July 2017

PEGAWAI BANTU RASUAH SHAFIE APDAL DI KKLW KINI BANTU 'SPLASH' & AZMIN ALI RM2.7B DI KETTHA


1. Walaupun KSU KKLW dan kes Pengarah Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) ditangkap SPRM dan didakwa di mahkamah sebenarnya misteri rasuah KKLW ketika Shafie Apdal sebagai Menteri KKLW sejak 10 April 2009 hingga 29 Jula 2015 masih belum terungkai penuh. Kita percaya SPRM sekalipun merampas segala dokumen dan menyiasatnya mereka mungkin masih perlukan masa untuk membuktikannya. Maklumlah pegawai kerajaan sekarang bijak tidak meninggalkan jejak yang ketara selepas melakukan rasuah dan salahgunakuasa.

Friday, 28 July 2017

UNISEL & JANA NIAGA TIADA HUBUNGAN KONTRAK, MENGAPA EXCO SELANGOR BERBOHONG?


1. Ketua Angkatan Muda Keadilan Nik Nazmi Nik Ahmad yang juga Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, Sains, Teknologi dan Inovasi semalam menyelar Rizal Mansur berhenti berlagak seperti jaguh seolah membela UNISEL.


Kata Nik Nazmi berkata 

“Pada masa ini, Unisel dan Jana Niaga sudah tidak ada hubungan kontrak,” . Rujuk kenyataan media Nik Nazmi 

2.  Tidak ada hubungan kontrak? Apa yang Nik Nazmi selaku Exco Pendidikan Selangor ini bohongkan? Sama ada dia tak baca surat MBI, Jana Niaga Sdn Bhd dan Unisel atau dia tak masuk dalam mesyuarat atau geng kartel kenyang dia tidak. Sebab tu Nik Nazmi selaku Exco jawab merapu.Sepatutnya dia jawab surat itu berdasarkan dokumen yang didedahkan.

Thursday, 27 July 2017

AKHIRNYA RM2.7B HARGA SPLASH NAMUN AZMIN MASIH 'DEMAND' MENGAPA?



1. 24 Julai lalu Azmin Ali MB Selangor berkata kerajaan pusat belum memaklum nilai ambil alih SPLASH kepada kerajaan negeri Selangor. Bagaimanapun pada 26 Julai 2017 di Parlimen, Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air menjawab soalan Tan Sri Khalid Ibrahim bekas MB Selangor bahawa Kerajaan Persekutuan belum menerima apa-apa permohonan rasmi daripada Kerajaan Negeri Selangor mengenai pembiayaan pengambilalihan ekuiti SPLASH.

2.  Apapun Azmin Ali pasti gembira, SPLASH yang sebelum ini diletakkan harga RM250.6 juta meningkat 10 kali ganda dan sepatutnya dimuktamadkan pada 7 Oktober 2016 tapi sengaja dilewat-lewatkan Azmin Ali bagi meningkatkan Receivables SPLASH sebanyak RM50 juta sebulan. Semakin lewat semakin tinggi. Jawapan di Parlimen boleh dirujuk dalam dokumen ini.

3. Kerajaan Persekutuan juga bersetuju untuk cadangan pengambilalihan SPLASH dengan harga RM2.7bilion secara lum sum iaitu 60% Kerajaan Persekutuan RM1.62 bilion) dan 40% Kerajaan Negeri Selangor RM1.08bilion. Bagaimanapun oleh kerana tawaran terlalu tinggi dari nilai asal RM250.6 juta Kerajaan Persekutuan bersetuju melantik penilai bebas antarabangsa Deloitte Corporation Solutions Sdn Bhd (Deloitte).

4. Akhirnya Azmin Ali tersenyum dengan penilaian itu apabila Deloitte mengesahkan nilai pengambilan SPLASH berjumlah RM2.7bilion merupakan nilai yang munasabah. Jika sebelum ini jumlah anggaran keseluruhan pengambilalihan adalah RM14,379,739,724 (14.3b) kini meningkat menjadi RM17,096,739,724 (17b) sekiranya SPLASH berjaya diambil alih. 

Monday, 24 July 2017

KERANA KOMISEN RM600 JUTA PENJUALAN SPLASH APA LAGI HELAH AZMIN MB SELANGOR?



1. Apa lagi helah Azmin Ali MB Selangor mengenai SPLASH? Kata Azmin, kerajaan pusat belum memaklum nilai ambil alih SPLASH kepada kerajaan negeri Selangor. Semua pihak tahu hubungan ISTIMEWA Azmin Ali dengan syarikat taikun Gamuda yang memiliki SPLASH. April lalu Tan Sri Khalid Ibrahim bekas MB membuat kenyataan media mengenai SPLASH apa moral Azmin bersungguh-sungguh mahu membayar RM2.7 billion kepada SPLASH meskipun taksiran asal hanya RM250juta? Baca di sini



2. Azmin MB berkata, Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) menerusi surat bertarikh 26 Mei 2017 hanya memaklumkan kaedah penilaian ke atas Splash oleh penilai bebas antarabangsa yang dilantik kerajaan pusat.

Friday, 21 July 2017

AZMIN ALI ARAH MBI BAYAR SYARIKAT DITAMATKAN KONTRAK DI UNISEL SELEPAS CAMPURTANGAN 'GENG KARTEL' AZMIN?



1. Selalu kita dengar Azmin dan Nik Nazmi Nik Ahmad EXCO) Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, Sains, Teknologi dan Inovasi Selangor mahu menyediakan pendidikan  percuma namun masalah UNISEL milik kerajaan negeri pun masih bercelaru. Ingat lagi kes Unisel pada tahun 2012 pertikaian antara UNISEL dan Jana Niaga Sdn Bhd (JNSB)  yang mengoperasikan kediaman pelajar di Kampus Induk UNISEL Bestari Jaya sehingga pintu pagar dikunci malah pekerja JNSB berdemo di depan pintu pagar UNISEL.

2. UNISEL menuduh JNSB gagal mengikut kontrak dan kerja mereka tidak memuaskan, JNSB pula menuduh UNISEL gagal membayar perkhidmatan sehingga 17 bulan. Apapun semua ini adalah petanda salah tadbir pengurusan UNISEL dan bukti betapa UNISEL tidak mempunyai wang untuk menguruskan UNISEL. 

3. Kemelut UNISEL tidak berakhir walaupun selepas pelantikan Profesor Dato' Dr Mohammad Redzuan Othman Bekas Pengarah Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCEDEL) pro PKR yang tidak disambung kontrak di UM menggantikan Profesor Dr Anuar Ahmad pada 15 Disember 2015. Azmin Ali MB Selangor yang dilantik 23 September 2014 pula meneruskan misi menyelesaikan pertikaian JNSB dengan UNISEL.

Thursday, 13 July 2017

TERBARU SKANDAL ZURAIDA PERUNDING HUTANG SYARIKAT PEMIMPIN PKR AMPANG DI YAYASAN SELANGOR


1. Zuraida Kamaruddin Ahli Parlimen Ampang selaku Timbalan MPN Negeri Selangor yang juga Ketua Wanita PKR berhdapan dengan skandal baru iaitu penglibatan beliau dalam membantu syarikat Naib Ketua PKR Ampang Abdul Latif Shaari iaitu "TREMENDOUS PROGRESS SDN BHD" yang berhutang dengan Yayasan Selangor RM233,833.00 

2. Sebuah NGO Inspirasi Melayu Gombak, dipengerusikan oleh Datuk Zul Azhari Mohamed Juah tampil ke Yayasan Selangor mendedahkan dokumen dan meminta penjelasan Yayasan Selangor apabila nama YB Zuraida Kamaruddin dan bekas YB CC Lee terlibat sebagai perunding hutang dengan Yayasan Selangor.

Monday, 3 July 2017

KERANA PROKSI LIM GUAN ENG DALAM PCCC CONSORTIUM ZENITH CONSTRUCTION DI BAYAR RM209 JUTA!

1. Kenapa agaknya Kerajaan DAP pimpinan Lim Guan Eng selaku Ketua Menteri Pulang Pinang boleh terlebih bayar 400% kepada syarikat pemegang konsesi Terowong Pulau Pinang? Tentulah Lim Guan Eng dan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd punya kepentingan dalam projek itu!

2. 10 Mei 2016 Datuk Seri Abd Rahman Dahlan Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional (BNSC) pernah mempersoalkan mengenai konflik kepentingan syarikat Consortium Zenith Contruction Sdn Bhd (sebelum itu CZBUCG) yang dilantik Lim Guan Eng memberikan projek kepada kalangan pemegang sahamnya seperti Astral Supreme Berhad (kini Vizione Holdings Berhad). 


3. Dato' Ng Aun Hooi pemilik dan pemegang saham Syarikat Wira Syukur (M) Sdn Bhd hingga kini masih pemegang saham dalam Consortium Zenith Contruction Sdn Bhd (CZCSB). Astral Supreme sebelum ini adalah konsultan projek terowong. Astral atau 
Vizione Holdings Berhad juga telah mengambil alih Wira Syukur (M) Sdn Bhd (WSSB)

Tuesday, 27 June 2017

MUFTI PERLIS PUJI INTEGRITI MODEL MIRANDA KERR TAPI TAKUT DEDAH AKAUN AL QAYYIM NGO MILIKNYA SONGLAP DUIT!


1. Bukan main lagi seronok Dr Maza mengulas mengenai model Miranda Kerr yang menyerahkan barang kemas bernilai AS$ 8.1 juta (RM35 juta) kepada Jabatan Kehakiman (DoJ) Amerika Syarikat.

2. Kata Dr Maza model itu mempertahankan integriti untuknya. Cara memujinya seolah-olah sedang menyindir dan memperakukan tuduhan DOJ di negara ini. Jika benar Dr Maza seorang berintegriti soalan kita kepada Dr Maza, bila pula dia hendak mendedahkan akaun Al Qayyim yang dikatakan menerima sejumlah wang berjuta dan malah pernah menerima wang zakat dari negeri Perlis? Bila? Sudah dua bulan berlalu Dr Maza terus senyap. 

3. Dr Maza sebelum ini dituduh menggunakan pertubuhan Al Qayyim mengutip wang dan kekal sebagai Penasihat berkepentingan. Adalah wajar Dr Maza membuktikannya. Bukan semata mendoakan musuhnya serta hanya menafi dalam video bahawa itu tuduhan.

Thursday, 22 June 2017

AYUH EXCO ARMADA PPBM LAPOR SPRM KEKAYAAN ANAK DAN MENANTU MUHYIDDIN 1BESTARI RM4.465B & BIOMETRIK RM912 JUTA!




1. Exco Armada PPBM telah melaporkan Mahathir dan Mukhriz kepada SPRM. Ada baiknya dalam keghairahan itu Exco Armada PPBM terus melaporkan kekayaan dan salah laku rasuah Muhyiddin Yassin Presiden PPBM.

2. Exco Armada PPBM perlu melaporkan kekayaan Fakhri dan menantu Muhyiddin Dato' Adlan Berhan. Mereka ini kaya dan jadi jutawan semasa Muhyiddin sebagai Menteri Besar, Menteri dan TPM. Beberapa projek dikenal pasti boleh dilaporkan



SPRM PERLU PANGGIL MUKHRIZ KERANA PROJEK RM214.2 JUTA SEBAGAIMANA ISA SAMAD BEKAS PENGERUSI FGV



1. Pendedahan kisah salahguna kuasa dan rasuah Mahathir memberikan projek fiber optik kepada anaknya Mukhriz Mahathir bukan baru.Telah lama didedahkan dalam media sosial. Sama ada orang kisah atau tidak ambil tahu disebabkan hanya melibatkan Tun Dr Mahathir. Captain M sendiri telah menulis dalam entri bertajuk;


2. Hanya kali ini peluang lebih baik apabila perbalahan Exco Armada PPBM mempersoalkan kekayaan anak-anak Mahathir Pengerusi PPBM dan skandal Muhyiddin kepada laporan SPRM. Terima kasih kepada Exco Armada PPBM yang lapor SPRM. Tentunya ini membuka jalan.


3. Media  pada 21 Jun melaporkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan menyiasat sekiranya wujud elemen salah guna kuasa dan rasuah berhubung pemberian tender membekal kabel fiber optik kepada syarikat milik Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Datuk Seri Mukhriz Mahathir oleh Telekom Malaysia Bhd. pada 2003.

Friday, 16 June 2017

GEMPAR PEMUDA PAN KELANTAN PUNYA 'MAHLIGAI LEMBAH BINJAI' JUTAAN RINGGIT HASIL RASUAH BAKAL DISIASAT SPRM?


1. Jika sebelum  ini Adam Rosly Ketua Angkatan Muda Keadilan Ampang popular dengan Banglo Disneyland Ampang sehingga didakwa di mahkamah kerana memberi keterangan tidak betul dan dokumen PALSU ketika proses siasatan SPRM serta didakwa di bawah peruntukan Seksyen 32(8)(c) dan 89 AMLATFAPUAA 2001. 

2.  Kini Pemuda Parti Amanah Negara (PAN) Mohd Hisyammuddin Ghazali (Syam Ghaz) orang kuat dan proksi Husam Musa Naib Presiden PAS (bekas Naib Presiden PAS) dikatakan memiliki Banglo Mahligai di Lembah Binjai hasil bantuan Husam Musa ketika berkuasa sebagai Exco Kerajaan Negeri dan Pengerusi Syarikat Kelantan Biotech Corporatian Sdn Bhd. Syam Ghaz merupakan Eksekutif Kanan di syarikat itu sebelum meletak jawatan pada tahun 2014.



3. Projek Lembah Binjai bernilai lebih RM100 juta kerjasama MPKB-BRI dengan syarikat AUEI Teras Holdings Sdn Bhd yang diumumkan pada 20 Januari 2017 mengundang kontroversi perang mulut antara PAN dan PAS. 

4. Ini termasuklah Syam Ghaz yang memiliki rumah banglo mewah di Lembah Binjai itu. Ketua Pemuda Amanah Kelantan, Hazmi Hassan menggunakan sepenuhnya isu ini bersama Syam Ghaz untuk meraih simpati rakyat. Tidak terkecuali Husam Musa. 



Saturday, 10 June 2017

PENOLONG PENGUASA SPRM 'KAKI PAW' POLIS DITANGKAP, RUPANYA PEGAWAI BERMASALAH. PADAN MUKA!



1. "Dalam setandan pisang mesti ada yang busuk". Begitulah hari ini kecoh dengan tangkapan terbaru seorang seorang pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dari Zon Utara yang ditahan kerana memeras ugut dan meminta wang suapan daripada pegawai polis. Pegawai SPRM itu berusia 37 tahun itu ditahan polis di Machang Bubok, Bukit Mertajam di Pulau Pinang.

2. Syabas kepada PDRM kerana menangkap pegawai SPRM itu walaupun dilaporkan sejak dua tahun lalu meminta wang daripada pegawai polis, kononnya untuk melindungi aktiviti pusat judi. Turut dirampas wang tunai kira-kira RM3,000 dan suspek direman bagi membantu siasatan.

3. Sumber SPRM berkata "Pegawai SPRM jika melakukan rasuah seperti ini jangan dibiarkan sehingga 2 tahun. Lapor kepada SPRM atau tangkap mengikut undang-undang sedia ada. SPRM tidak akan tahu jika sekiranya pegawai polis yang menjadi mangsa tidak melaporkan rasuah ini. Apapun syabas dan tahniah kerana bertindak. SPRM akan mengambil tindakan selanjutnya termasuk memecat pegawai yang terlibat dengan rasuah". 

Friday, 2 June 2017

LAPORAN KE SPRM TANAH LEBUHRAYA PEEL BERI LALUAN SIASATAN TERHADAP TAN KOK PING PROKSI LIM GUAN ENG?


1. Nampaknya laluan Tan Sri Tan Kok Ping proksi Lim Guan Eng ke penjara semakin hampir. Sebelum ini Tan Sri Tan Kok Ping juga berdepan dengan tuduhan melarikan diri dari membayar cukai, taikun judi tanpa lesen dan membayar rasuah kepada pegawai penguatkuasa. Jika Dato' Seri Khor Teng Tong Hunza Group boleh diheret tak mungkin Tan Kok Ping tak boleh!

2. Artikel Captain M sebelum ini mendedahkan di belakang penjualan tanah di Lebuh Raya Peel secara rundingan terus adalah Tan Kok Ping. Baca di sini
Kredit Infografik: Persatuan Anak Jati Pulau Pinang
3. Hari ini kontroversi penjualan tanah awam di Lebuh Raya Peel oleh Kerajaan DAP Pulau Pinang memasuki episod baharu apabila beberapa gabungan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) diketuai Pengerusi Persatuan Anak Jati Pulau Pinang, Datuk Huan Cheng Guan di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) negeri di Jalan Sultan Ahmad Shah,Pulau Pinang. 

Tuesday, 30 May 2017

AZMIN ALI & ISTERI ADA FERRARI KLON APA BARANG ZURAIDA DAN RAFIZI KECOH!




1. Azmin Ali MB Selangor berkata beliau tidak berminat perang mulut antara Rafizi Ramli Naib Presiden PKR dan Zuraida Ketua Wanita PKR mengenai Permit Import (AP) kereta mewah yang dimiliki oleh Ahli Parlimen. “Saya tidak berminat dalam polemik seperti ini." Kata Azmin Ali

2. Zuraida berkata"saya pakai kereta mewah sebab saya wakil rakyat"."Bodoh saya kalau ada AP, tidak digunakan kemudahan itu". Rafizi menjawab Zuraida  "Saya adalah antara Ahli Parlimen yang bodoh kerana tak pakai AP. Sekian dimaklumkan". 

Saturday, 27 May 2017

ZURAIDA BELI KERETA MEWAH SEBAB DIA WAKIL RAKYAT, BODOHLAH PEMIMPIN PKR KALAU TAK TIPU AP AHLI PARLIMEN?



1. Perang mulut Rafizi Naib Presiden PKR dan Zuraida Ketua Wanita PKR kembali lagi berkisar mengenai kereta mewah. Zuraida berkata "saya pakai kereta mewah sebab saya wakil rakyat"."Bodoh saya kalau ada AP, tidak digunakan kemudahan itu". katanya

2. Rafizi pantas menyindir Zuraida dalam twitternya. "Saya adalah antara Ahli Parlimen yang bodoh kerana tak pakai AP. Sekian dimaklumkan". Portal FreeMalaysiatoday menulisnya sebagai 2 wakil rakyat ‘bodoh’ tampil pertikai Zuraida.


3. Mengapa agaknya Zuraida mengumumkan akan melepaskan jawatan Ketua Wanita PKR pada 20 Mei lalu? Bohonglah Zuraida sengaja melepaskan jawatan, hakikatnya dia tahu pendakwaan Adam Rosly dengan 6 pertuduhan di mahkamah hanyalah satu permulaan. Lambat laun siasatan terhadap Adam pasti akan melibatkan Zuraida. Jadi Zuraida berhentilah dari mencabar 'orang jantan' melapor SPRM. Nanti tak cukup tanah lari! Apa Zuraida fikir hanya Dato' Jamal saja yang menekannya? Buka mata pada perkara yang kamu tidak nampak!

TAIKUN JUDI TAN KOK PING PROKSI LIM GUAN ENG DI BELAKANG PENJUALAN TANAH PEEL AVENUE TANPA TENDER?


TAN KOK PING PROKSI LIM GUAN ENG ADALAH ORANG PENTING DIBELAKANG TABIR PENJUALAN TANAH PEEL AVENUE RM 156 JUTA KEPADA ISLAND HOSPITAL SDN BHD

1. Datuk Huan Cheng Guan, Naib Pengerusi Parti Cinta Negara memberi tempohhari (sehingga 2 Jun 2017) kepada Lim Guan Eng untuk mendedahkan kandungan Perjanjian Jual Beli tanah Peel Avenue kepada umum sebelum melaporkan kepada SPRM menyiasat Skandal RM 156 juta ini.


2. Dua perkara utama yang dibangkitkan ialah;

i. Penjualan Tanah Peel Avenue RM156 juta adalah di bawah paras harga pasaran. Kawasan berhampiran Gurney Drive bernilai RM 1,500 setiap kaki persegi dan Pulau Tikus, RM 1,000 setiap kaki persegi.Tetapi dalam soal tanah Avenue harganya hanyalah RM 560 sekaki persegi. Seperti biasa Lim Guan Eng menyalahkan Kerajaan Persekutuan. Amat melucukan Lim Guan Eng tidak pernah konsisten dengan menggunakan Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH) sebagai rujukan dalam menjual tanah Kerajaan Negeri. Apatah lagi penggunaan JPPH pada tahun 2015!. Semasa kes pembelian rumah banglo murahnya Lim Guan Eng membuang dalam tong sampah laporan JPPH.


ii. Penjualan tanah secara rundingan terus tanpa tender terbuka. Ia jelas sikap hipokrit Lim Guan Eng dan DAP untuk melaksanakan semua projek atau perolehan secara tender terbuka.Slogan Cekap, Akauntabiliti dan Ketelusan DAP memang semakin lawak sejak Lim Guan Eng dituduh kes rasuah ini. Lim Guan Eng terus merompak sebelum dia dituduh bersalah.

Thursday, 25 May 2017

DR MAZA 'DIVERT' ISU DISIASAT SPRM DENGAN SOKONGAN TERHADAP PEGUAM BUKAN ISLAM JADI PEGUAM SYARIE PERLIS?


IKRAM-PAN-DR MAZA-AL QAYYIM
1. Dr Maza melakukan 'divert' isu kes siasatan SPRM terhadap jabatan mufti dan NGO Pertubuhan Kebajikan Al Qayyim miliknya dengan kes surat sokongan Jabatan Mufti Perlis terhadap permohonan dari seorang peguam bukan Islam, Victoria Jayaseele Martin dari Kuala Lumpur bagi membolehkannya menjadi peguam syarie di Perlis. Ia keputusan yang sangat mengarut dikala kaum India yang dihinanya memprotes cara penghinaan agama yang dibuatnya.

2. Paling pasti sehingga hari ini Mufti yang punya kepentingan dalam Al Qayyim ini masih gagal menyokong hujahnya. Yang kita tahu Maza menggunakan 'kabel' politiknya dari disiasat SPRM. Pandai juga dia mengadu. Mari kita terus tekan Dr Maza ini.

3. Dr Mohd Asri Zainul Abidin ( Maza) seorang Mufti Perlis. Juga adalah Penasihat Pertubuhan Kebajikan Al Qayyim yang diasaskannya.

4. Dr Maza memperakukan Pertubuhan IKRAM melalui Koperasi Islah Malaysia Berhad dilantik sebagai Ejen kutipan Zakat Majlis Agama Islam Perlis ( MAIPs)

Wednesday, 24 May 2017

SEBARKAN! HANNAH YEOH MANIFESTASI STRATEGI CINA DAP EVANGELIS FANATIK KRISTIAN



[Fanatik Cina Kristian DAP bukan sahaja menghina Islam, agama dan budaya orang lain tapi mereka juga sanggup menghina Bangsa Cina Sendiri]

1. Pendedahan Dr Kamarul Zaman Yusoff Ahli akademik kanan Universiti Utara Malaysia terhadap buku tulisan Hannah bertajuk ‘Becoming Hannah’ (Menjadi Hannah) sehingga dilaporkan kepada polis sebagai bukti nyata pengakuan pemimpin DAP itu terlibat dalam politik dengan bantuan pihak Kristian bukanlah cerita baru bagi Cina Evangelis dalam DAP yang menggerakkan gerakan kristianisasi bukan saja kepada orang Islam tetapi terhadap kaum mereka sendiri 

2. Asas Dr Kamarul Zaman Yusoff terhadap buku Hannah Yeoh yang dijual secara terbuka menunjukkan Hannah memang bermaksud supaya buku beliau turut dibaca oleh orang bukan Kristian yang digambarkan tulisan beliau berbunyi “Jika kamu bukan seorang Kristian dan sedang membaca buku ini” (“If you are not a Christian and are reading this book”, muka surat 14). Ini selari dengan pendedahan mengenai misi beliau sebagai duta Tuhan dan untuk mencari pengikut (“as “ambassador of God” and to make disciples of others”, muka surat 7).

3. Hannah mungkin boleh ditafsir telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 4(1)(a) Enakmen Kawalan dan Sekatan (Pengembangan Agama Bukan Islam) Selangor 1988 (Enakmen No 1/1988) yang menyebut “Seseorang adalah melakukan kesalahan jika ia memujuk, mempengaruhi, atau menghasut seorang lain yang beragama Islam supaya menjadi penganut atau anggota suatu agama bukan Islam atau supaya cenderong kepada agama itu”.

Sunday, 21 May 2017

NGO AL QAYYIM DISIASAT SPRM: MAMPUKAH REKOD PENYATA AKAUN IQ DARI ZAKAT PERLIS DISEMBUNYIKAN?

Rasuah Baru Unsur Agama

1. Ketika artikel Captain M bertajuk DULU BERI IKRAM-PAN KUTIP ZAKAT KINI DR MAZA MUFTI JUAL MEJA RM30 RIBU DEMI NGO AL QAYYIM MILIKNYA! dan  RM16 JUTA DALAM AKAUN NGO MILIK MUFTI PERLIS TAHUN 2016 TIDAK DIISYTIHARKAN. SIAPA BERI? SPRM WAJAR SIASAT meroyanlah Dr Maza dan Presiden IQ Malaysia Dr Rozaimi. Habis seluruh pasukan NGOnya tampil membela. 

2. Sebenarnya Captain M malas nak mengulas isu geng Maza ni. Captain M yakin saat artikel itu dipaparkan SPRM yang lebih arif tentang rasuah dan salahguna kuasa tidak sukar memahaminya. Kita juga menerima maklumat bahawa Pertubuhan Kebajikan Al Qayyim sedang disiasat SPRM Perlis. Apa agaknya reaksi dari siasatan itu? takut, bimbang atau berusaha berlindung dengan segala cara? Ini satu pengajaran buat Dr Maza, Dr Rozaimi dan geng-geng pro Maza ni. 

3. Pusinglah jawapan kepada dua artikel itu dua asas penting sahaja yang mesej Captain M sampaikan sekalipun terdapat 7 perkara yang dipersoalkan sebelum ini. 

Wednesday, 17 May 2017

MENANG RM200RIBU, ZAHIDA RAFIK BUKTIKAN SHAFIE APDAL BERI DANA HARAM? SPRM DAN LHDN WAJAR SIASAT


1. Berita yang mengundang resah Shafie Apdal ialah perang panjang antara Zahida Rafik (Skandalnya- mungkin isterinya selagi tiada pengakuan) dengan pemandu peribadinya Noor Azman Azemi. 

2. Semalam (16 Mei) pelakon seksi Zahida Mohamed Rafik mendapat RM200,000 selepas Mahkamah Rayuan memerintahkan bekas pemandu peribadinya membayar ganti rugi berhubung saman fitnah yang difailkan oleh Noor Azman Azemi berkaitan kehilangan wang RM200,000.

3. Panel tiga Hakim Mahkamah Rayuan diketuai oleh Datuk Lim Yee Lan yang bersidang bersama Datuk Dr. Badariah Sahamid dan Datuk Hasnah Mohammed Hashim turut memerintahkan Noor Azman Azemi membayar kos RM50,000 kepada Zahida Rafik.

4. Kuorum berkenaan berpuas hati bahawa Zahida, 42, mendapat keistimewaan mutlak (absolute privilege) kerana kenyataan kepada pihak media berhubung kehilangan RM200,000 miliknya, dibuat berdasarkan laporan polis.

Monday, 15 May 2017

RM16 JUTA DALAM AKAUN NGO MILIK MUFTI PERLIS TAHUN 2016 TIDAK DIISYTIHARKAN. SIAPA BERI? SPRM WAJAR SIASAT



1. Sehari dua Dr Maza yang dikenali lantang hanya berdiam diri. Membiarkan Admin facebooknya Abu Hafiz Salleh Hudin yang juga Setiausaha Agung Pertubuhan Kebajikan Al Qayyim menepisnya. Habis dikerahnya NGO membela Dr Maza seperti IPSI, PROmedia Tajdid, IKRAM dan individu-individu tertentu. Kononnya semua sukarela! Fund Rising IQ dengan jualan meja sehingga RM30 ribu nyata memakan diri. Facebook Maza penuh dengan komen serangan netizen. Apabila kena batang hidung habis semua dikerahnya.

2. Dr Maza dan pengikutnya lupa persoalan yang netizen bangkitkan. Adminnya masih menegakkan hal relevannya kutipan derma dan penjualan meja sehingga ribuan ringgit itu. Sebenarnya 7 PERSOALAN yang perlu dijawab oleh Dr Maza dan Pertubuhan Kebajikan Al Qayyim. 

Sunday, 14 May 2017

DULU BERI IKRAM-PAN KUTIP ZAKAT KINI DR MAZA MUFTI JUAL MEJA RM30 RIBU DEMI NGO AL QAYYIM MILIKNYA!



Sama ada dia tidak berjawatan Mufti atau dilantik semula Mufti dia terus memungut wang dari derma orang ramai. Kali ini menjual meja berbuka puasa sehingga
satu pakej RM30 ribu. 


1. Dr Maza cipta kontroversi lagi. Sebelum ini Captain M telah mendedahkan  Dr Maza Mufti Perlis yang berpengaruh di MAIPs memberi keizinan kepada IKRAM melalui Koperasi Islah Malaysia Berhad (KIMB) miliknya mengutip zakat di dalam dan luar negeri Perlis. Ustaz Hasanuddin Yunus pendokong IKRAM adalah Naib Presiden PAN.


2. Apa Dr Maza kisah pada gerakan pembangkang yang mendapat dana dari projek kutipan Zakat. Asalkan dapat beri sumber kewangan. Dr Maza yang berpura-pura dalam media sosial sebagai marhean, memahami derita rakyat akhirnya bersekongkol dengan NGOnya menjual agama melalui kutipan dana Iftar Perdana IQ Malaysia secara berpakej sehingga RM30,000. Kecaman dan kritikan netizen akhirnya dia memadam status itu dalam Facebooknya.

Saturday, 13 May 2017

BERANIKAH NEGERI RASUAH LIM GUAN ENG TANDATANGAN IKRAR BEBAS RASUAH SPRM? LIM GUAN ENG TAHU DIA BAKAL KALAH KES!





1. Hampir ke semua negeri telah menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) kecuali 3 negeri pembangkang iaitu Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan. Ikrar Bebas Rasuah (IBR) yang diperkenalkan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi menjalankan tugas-tugas yang telah diamanahkan dengan ikhlas, telus serta bersih daripada sebarang anasir rasuah dan salah guna kuasa.

2. Agaknya Lim Guan Eng Ketua Menteri Melaka yang dituduh Kes Rasuah Jun 2016 bersama Phang Li Koon berani tak menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) yang dibuat SPRM untuk dirinya dan semua Exco Kerajaan Pulau Pinang? Dituduh di bawah Seksyen 23 Akta SPRM (Akta 694), Seksyen 24 Akta yang sama dan Seksyen 165 Kanun Keseksaan (Akta 574).

3. Lim Guan Eng dan para peguamnya hampir pasti tahu beliau akan kalah dalam perbicaraan itu. Datuk Dzulkifli Ahmad Ketua Pengarah SPRM, bekas Pengarah Pasukan Penguatkuasa Pemulihan Hasil Negara, Jabatan Peguam Negara bukanlah calang orang kerana berpengalaman dalam kes-kes besar seperti besar kes Perwaja zaman Tun Dr Mahathir, NFC, malah kes Dr Mohd Khir Toyo bekas Menteri Besar Johor. Lantaran itu tak hairanlah Lim Guan Eng berusaha mencabar Akta SPRM di mahkamah semua ini usaha melengah-lengahkan kes perbicaraannya untuk berhadapan PRU ke14. Apakah dia fikir para Hakim akan mengikut kehendaknya?

Thursday, 11 May 2017

WOW! SKANDAL RASUAH ZAKAT PULAU PINANG PEMIMPIN PPBM JUGA TERLIBAT?




1. Membaca sejarah penubuhan Zakat Pulau Pinang amat jelas anak syarikat 100% milik Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang. Katalah apapun ia tetap di bawah kuasa Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Pengerusi Zakat Pulau Pinang (ZPP) adalah Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) iaitu YB. Dato' Haji Mohd Salleh bin Man ADUN PAS (kini PAN). 

2. MAINPP dan Zakat Pulau Pinang adalah dibawah kuasa Exco Hal Ehwal Agama Islam. Siapakah dia? YB. DATO' ABDUL MALIK BIN ABUL KASSIM dari PKR. Malah jika kita lihat Ahli Lembaga Pengarah Zakat Pulau Pinang majoritinya dari MAINPP selain Sahibus Samahah Dato' Dr. Haji Wan Salim bin Wan Mohd Noor Mufti Negeri Pulau Pinang. Siapa mereka ini? kuasa siapa melantik? tentulah kerajaan negeri. Dato' Azman Hj Samat selaku Pengurus Besar ZPP adalah bawah kerajaan negeri. Kerajaan Negeri dua penggal bawah pemerintahan DAP boleh membuang beliau kalau mereka hendak. 

Wednesday, 10 May 2017

SKANDAL RASUAH ZAKAT PULAU PINANG DAP TERLIBAT, EXCO DAN MUFTI KELU LIDAH?



1. Pulau Pinang Negeri penuh dengan Skandal Rasual sejak DAP menjadi pemerintahnya. Lim Guan Eng sendiri Ketua Menteri Pulau Pinang turut dituduh di mahkamah kerana rasuah. Proksi Lim Guan Eng Dato' Seri Khor Teng Tong (Hunza Group) ditahan SPRM awal bulan April lalu kerana kes jual tanah Yayasan Bumiputera Pulau Pinang.

2. Semalam (9 Mei 2017) sangat mengejutkan dan memalukan umat Islam di negara ini apabila Pengurus Besar Zakat Pulau Pinang Datuk Haji Azman Bin Haji Abdul Samat bersama 11 individu ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) Pulau Pinang kerana siasatan kes rasuah membabitkan projek pembangunan masyarakat sejak tiga tahun lalu.

3. Pengurus Besar berusia 50 tahun ini didapati menerima barangan berharga, wang tunai dan cek daripada beberapa kontraktor dan pembekal ZPP sebagai dorongan kerana memberi projek atau kerja berkaitan program pembangunan membabitkan keperluan asnaf, anak yatim dan golongan memerlukan.