Thursday 22 June 2017

SPRM PERLU PANGGIL MUKHRIZ KERANA PROJEK RM214.2 JUTA SEBAGAIMANA ISA SAMAD BEKAS PENGERUSI FGV



1. Pendedahan kisah salahguna kuasa dan rasuah Mahathir memberikan projek fiber optik kepada anaknya Mukhriz Mahathir bukan baru.Telah lama didedahkan dalam media sosial. Sama ada orang kisah atau tidak ambil tahu disebabkan hanya melibatkan Tun Dr Mahathir. Captain M sendiri telah menulis dalam entri bertajuk;


2. Hanya kali ini peluang lebih baik apabila perbalahan Exco Armada PPBM mempersoalkan kekayaan anak-anak Mahathir Pengerusi PPBM dan skandal Muhyiddin kepada laporan SPRM. Terima kasih kepada Exco Armada PPBM yang lapor SPRM. Tentunya ini membuka jalan.


3. Media  pada 21 Jun melaporkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan menyiasat sekiranya wujud elemen salah guna kuasa dan rasuah berhubung pemberian tender membekal kabel fiber optik kepada syarikat milik Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Datuk Seri Mukhriz Mahathir oleh Telekom Malaysia Bhd. pada 2003.


4. Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Azam Baki berkata, pihaknya telah menerima laporan berhubung dakwaan terhadap seorang pemimpin utama PPBM. “Kita baharu terima dan akan melihat kepada isu ini. Jika wujud unsur rasuah dan salah guna kuasa, siasatan akan dijalankan,” 

5. Jika Tan Sri Isa Samad bekas Pengerusi FGV boleh dipanggil SPRM untuk memberi keterangan adalah wajar Mukhriz Mahathir turut dipanggil SPRM. Malah YAB PM Najib pada 5 Disember 2015 pernah memberi keterangan kepada SPRM siasatan dana derma RM2.6B.

6. Ini kerana tidak boleh dinafikan bukti jelas dan salah guna kuasa pada tahun 2003 ketika Mahathir sebagai PM dan Menteri Kewangan apabila memberikan Syarikat Opcom Holdings Berhad milik Mukhriz Mahathir kontrak berpusat membekal fiber optik bernilai RM214.2 juta ‪secara‬ "rundingan terus” daripada Telekom Malaysia kelulusan Kementerian Kewangan.

7. Opcom telah memonopoli projek fiber optik TM sehingga ke hari ini [Rujuk surat MOF bertarikh 7 Oktober 2003]. 


8. Apakah kita masih ingat tekanan-tekanan Mahathir kepada PM Paklah ketika itu malah sehingga Dato' Seri Mohd Najib menjadi PM, Mahathir terus menekan selagi kepentingannya tidak tercapai. Opcom mendapat kontrak kerajaan RM359 juta (2009) malah terus monopoli pengeluar fiber optik pada Februari 2015 berjumlah RM RM282.24 juta. Semua ini tidak pernah menghentikan nafsu Mahathir. Semua PM terpaksa melayan kehendaknya.

9. Selain itu pada penghujung tahun 1990-an, syarikat perkapalan milik Mirzan,  Perbadanan Nasional Shipping Line (PNSL Bhd) diambilalih  oleh Petronas dalam urusniaga bernilai lebih RM1 bilion. Malah Mokhzani menerusi syarikatnya, Tongkah Holdings mendapat kontrak bernilai ratusan juta ringgit dalam penswataan perkhidmatan sokongan hospital.


10. Mengesahkan Opcom 'baby kesayangan' Mukhriz mengutip semula Opcom selepas digugurkan jawatan MB Kedah pada 22 Julai 2016 sehari selepas Saman Sivil Jabatan Kehakiman AS terhadap beberapa individu yang dikaitkan dengan IMDB sehingga kepada pembekuan Aset dibawah Kleptocracy Asset Recovery Initiative, Bursa Saham mengumumkan Dato’ Seri Mukhriz Mahathir menambahkan kepentingannya di Opcom Holding Berhad melalui Syarikat KAF Nominees Sdn Bhd dan EB Nominess Sdn Bhd penambahan 29%.

11. Pada tahun 2015 Mukhriz Mahathir (walau masih MB Kedah) ketika itu terus memiliki kepentingan 23.5% dalam Opcom di atas namanya sendiri, 20.93% melalui Rezeki Tegas Sdn Bhd. Isteri Mukhriz, Toh Puan Norzieta Zakaria 26.94% melalui M Ocean Capital Sdn Bhd.

12. Sangat melucukan Mahathir dan Mukhriz berbicara mengenai kesengsaraan rakyat sambil berpura-pura menolong mereka wal-hal sekalipun apa saja berlaku Mahathir dan anak-anak tetap jutawan.

13. Apa lagi bukti yang paling kuat dan jelas melainkan Opcom. Seorang PM dan Menteri Kewangan beri kelulusan projek kepada anaknya sebelum meletak jawatan sebagai PM yang ketika itu ditangisi. Tetapi kembali ke meja PM dan Menteri Kewangan sempat luluskan projek untuk anaknya. Ini bukan rasuah serta salah guna kuasa?

14. Mahathir akan menyelamatkan Mukhriz dengan segala cara. Impiannya Mukhriz adalah PM. Jika tak dapat menangkap Mahathir tangkap Mukhriz. Mukhriz lumpuh dengan sendirinya maka PPBM juga akan lumpuh. 

Jadi mohon SPRM memanggil Mukhriz Mahathir untuk disoal siasat.

Captain M
22 Jun 2017

4 comments:

  1. sepatutnya Mukhriz ni dah lama masuk lokap. sebab kau bekas anak PM je org hormat

    ReplyDelete
  2. Alo blogger..lu eja mempertahankan dalam jawi pun salah lagi nak sembang macam2. Habibur rahman tak bagi duit raya ke?

    ReplyDelete
  3. Lama2 penjara penoh dengan politicians yg kaya2

    ReplyDelete
  4. Habibur Rahman yang bayar ke?

    ReplyDelete