1. Polemik pergaduhan pemimpin PKR antara Adam Rosly Ketua Angkatan Muda Ampang (dicutikan) dengan Rafizi Ramli serta Latheefah Koya semakin menarik apabila Adam Rosly mencabar Rafizi Ramli untuk mendedahkan kutipan dana secara besar-besaran daripada orang ramai bagi pihak Rafizi (NGO Invoke dan NOW). Kata Adam dia sangat bersabar dengan Rafizi tetapi dia perlu bersuara. 3 cabaran Adam ialah;
i) Jumlah wang yang telah dikumpulkan daripada orang ramai oleh NGO beliau Invoke dan NOW.
ii) Nyatakan bagaimana wang telah dibayar setakat ini
iii) Menyatakan nama semua individu yang telah menerima dana yang dikumpul oleh Invoke.
2. Sumber mendedahkan Adam Rosly tidak mungkin berani bersuara tanpa arahan Zuraida Kamaruddin Ahli Parlimen Ampang dan Azmin Ali Menteri Besar Selangor. Jadi cabaran Adam adalah atas arahan Azmin dan Zuraida sebelum mereka menjadi ahli jawatankuasa disiplin bagi kes Adam itu.